top of page

APA ITU GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM (GIS)

  • GIS dikenali sebagai salah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima, menyimpan, mengeluarkan, menganalisis serta memaparkan kembali data reruang.Ini bermakna GIS adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ada kompenan-kompenan untuk menyokong sistem ini. kompenan-kompenan GIS ini adalah terdiri daripada 5 perkara iaitu personel, perisian, perkakasan dan data kaedah

APA ITU GEOGRAFI

  • Geografi adalah kajian tentang organisasi ruangan sebagai hasil daripada pelbagai saling kaitan dan interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar serta antara unsur-unsur alam.
     

  • Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia.
     

  • Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi".

  • kekangan teknologi pemetaan pada masa lalu menyebabkan proses mengutip, menyimpan, dan menggunakan data-data ruangan lazimnya rumit dan komplek. maklumat daripada data- data geografi yang lazimnya dalam bentuk peta-peta adalah sukar dihurai dan diperincikan . kaedah terkini yang digunakan adalah bersifat konventional. kaedah ini banyak menghadkan kreativiti guru dan pelajar dalam memahamkan aspek reruang dan perkaitan di antaranya.justeru itu aplikasi gis amat sesuai untuk diguna pakai untuk mengatasi masalah ini
     

  • Gis amat berkesan sebagai alat bantu mengajar asas geografi kepada pelajar yang tidak mempunyai asas yang mantap dalam bidang geografi dimana teknologi gis memerlukan pelajar memahami asas keruangan, pemetaan, penentuan lokasi, paparan berskala, ruang berinformasi serta dimensi ruangan bagi sesuatu objek yang dipaparkan daripada sumber peta dalam pembelajaran geografi
     

  • Gis berkeupayaan menggabungkan paparan serentak data atribut dan data ruangan dimana rujukan serentak dapat dibuat ke atas lokasi sesuatu objek dengan maklumat terperinci tentang objek tersebut yang dipaparkan dalam data atribut

bottom of page